Berita Hari Ini

PM, jemaah menteri buat rumah terbuka Aidilfitri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota jemaah menteri akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka pada hari raya pertama di Kompleks Seri Perdana di sini.

Kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dikeluarkan semalam menyebut majlis rumah terbuka berkenaan akan bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang.

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu dengan pakaian kebangsaan dan bersesuaian,” kata kenyataan itu.

Kenyataan JPM itu menyebut perkhidmatan bas secara percuma disediakan oleh Bas Putrajaya dari tiga lokasi iaitu di Putrajaya Sentral, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra untuk memudahkan orang ramai menghadiri majlis berkenaan.

“Orang ramai boleh meletakkan kenderaan masing-masing di tiga lokasi itu dan menaiki bas yang disediakan dengan kekerapan setiap 20 minit,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjemput orang ramai ke Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria, di sini, pada 9 Julai.

Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri menyebut majlis rumah terbuka itu akan berlangsung dari jam 3.30 petang sehingga 7 malam.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");