Isu Panas

PRN: DAP akan berusaha yakinkan rakan Pakatan

GEORGETOWN- DAP akan tetap menunggu PKR untuk membuat keputusan berhubung cadangannya bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang lebih awal.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau bersedia untuk menerima permintaan PKR bagi mengadakan pertemuan rasmi sekali lagi selepas ini untuk membincangkan isu berkenaan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pihaknya akan membuat keputusan sepakat dan tidak sesekali membuat keputusan sendirian.

“DAP tidak akan mengamalkan amalan lama dengan membuat keputusan sendirian walaupun ia bukan satu kesalahan. Dengan membuat keputusan bersama, ia dapat mengukuhkan Pakatan Harapan.

“Kita harap akan terus berbincang untuk meyakinkan rakan dalam Pakatan Harapan. Saya tidak diberitahu (oleh PKR) bila pertemuan rasmi itu akan diadakan, tetapi saya difahamkan dalam masa terdekat. Saya akan maklumkan nanti,” katanya kepada media tadi.

Terdahulu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan secara sebulat suara bahawa parti itu masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

Kenyataan itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mesyuarat yang diadakan di ibu negara semalam.

Menurutnya, mengambil semangat setiakawan, PKR tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan parti rakan di dalam Pakatan Harapan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");