Sukan Hari Ini

Program MYCorps diteruskan di negara bergolak

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) merancang menghantar sukarelawan belia ke lebih banyak negara membangun dan kawasan bergolak melalui program MYCorps.

Menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin berkata, ia susulan kejayaan misi Siri 1/2016 di Kemboja selama tiga bulan berakhir 24 Julai lalu.

“Kita akan bantu apa sahaja yang kita boleh lakukan untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika menutup Program MyCorps siri berkenaan di sini, semalam.?

Khairy berkata, sebagai perancangan lanjut, 50 sukarelawan akan dihantar bagi tempoh tiga bulan ke Sri Lanka tahun depan. Turut dirancang ialah penghantaran kumpulan sukarelawan ke Myanmar dan negara sempadan Syria.

“Penempatan sementara para sukarelawan di negara-negara ini diharap membentuk kendiri dan jati diri belia Malaysia dalam melahirkan individu berpengetahuan, berkemahiran serta berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Program MYCorps ke Kemboja melibatkan kumpulan sukarelawan pertama merangkumi belia tempatan berusia antara 18 hingga 30 tahun yang melakukan tugas sukarela di Smile Village dan Kampung Chhnang di Kemboja.

Antara projek yang dijalankan ialah membina lima sistem tuaian air hujan dan tandas di lima sekolah yang turut boleh digunakan pelajar berkerusi roda. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");