Panasnya Hari Ini

Rakyat Terpaksa Bergantung Pada Tindakan Negara Asing,Tebus Semula Nama Baik Negara

KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sama ada suka atau tidak, rakyat terpaksa bergantung kepada tindakan oleh negara-negara asing bagi menebus semula nama baik negara.

Ujarnya, rakyat tidak mahu dipimpin oleh seorang pemimpin yang disyaki kleptorasi mencuri berbilion-bilion wang kerajaan.

“Mereka sendiri tidak boleh berbuat apa-apa kerana Malaysian Official 1 mengawal Peguam negara, polis dan agensi-agensi penguatkuasaan.

“Mereka tidak boleh menyingkirkannya melalui undi tidak percaya kerana beliau mengawal majoriti Ahli-ahli Parlimen melalui langkah-langkah yang haram,”katanya menerusi blog beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan mengapa pegawai-pegawai Amerika Syarikat menerusi laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) tidak menyebut nama sebenar Malaysian Official 1 tetapi menyebut nama-nama pesalah yang lain seperti Riza Aziz, Jho Low dan Khadim Abdullah.

Ujarnya lagi, sekiranya laporan tersebut adalah bukan pada peringkatnya untuk membuat tuduhan jenayah, maka mana-mana nama pun tidak patut disebut.

“Sekarang Najib dan penyokong-penyokong bodoh beliau mengatakan bahawa Najib tidak terlibat oleh sebab namanya tidak disebut. Najib sendiri berkata ‘biarkan proses undang-undang berjalan bagi mereka yang nama mereka disebut oleh DOJ’.

“Jelas sekali bahawa beliau menganggap proses undang-undang itu tidak mengandungi siasatan berhubung peranannya sendiri di dalam mencuri wang milik 1MDB,”kata Tun Mahathir.

Tun Mahathir berkata, rujukan kepada Malaysian Official 1 bertepatan dengan apa yang diketahui dan yang diakui oleh Najib sebagai mempunyai kaitan dengan beliau termasuklah rujukan kepada USD681 juta dalam akaun Malaysian Official 1 yang bertepatan dengan kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan dan Penasihat kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");