Isu Panas

Ramai anak muda mula sertai Pas

KAMPUNG BEREMBANG – Pas Lipis semakin mendapat tempat di hati penduduk apabila ramai golongan muda menyertai parti berkenaan.

Yang Dipertua Pas Kawasan Lipis, Roslan Harun berkata, pertambahan ahli Pas dilihat semakin memberangsangkan selepas keputusan parti itu untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kalangan generasi muda, Pas dilihat sebagai satu pilihan munasabah untuk menjadi parti tunggak masyarakat Melayu kini.

“Golongan paling ramai menyertai Pas sejak akhir-akhir ini ialah anak muda yang berpendidikan tinggi.

“Ini menunjukkan perjuangan kita ada kemajuan apabila makin hari bilangan mereka yang menjadi ahli makin bertambah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Rumah Terbuka dan Ramah Mesra Aidilfitri Pas Kawasan Lipis yang dihadiri kira-kira 400 tetamu di Kompleks Tarbiah Al-Istiqamah, Kampung Berembang di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Roslan Zainal.

Beliau berkata, Pas Lipis turut diingatkan supaya menguatkan barisan kepimpinan jentera serta tidak mensia-siakan peluang yang ada bagi memantapkan parti sebelum menjelang PRU14.

“Jika kita perhatikan Umno sekarang ini sedang bergelut dengan krisis kepimpinan dan rasuah politik.

“Justeru, orang ramai bukan sahaja masyarakat Melayu sudah mula tertarik pada Pas malah semakin mendapat tempat di hati bukan Melayu dan bukan Islam di kawasan bandar serta desa,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");