Perak Hari Ini

Rekabentuk Ditukar, Elak Runtuhan Berulang

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bertindak menukar rekabentuk selain menganjakkan kedudukan longkang dari sempadan bangunan untuk mengelakkan kejadian runtuhan bangunan di Jalan Dato Tahwil Azar berulang lagi.

Datuk Bandar Ipoh,Datuk Zamri Man dalam satu kenyataan medianya hari ini menjelaskan bahawa pihak MBI telah menukar rekabentuk dengan menganjakkan kedudukan longkang antara 1.5 meter hingga dua meter dari sempadan bangunan sekitarnya.

Jelasnya ia bertujuan supaya korekan yang akan dilaksanakan kelak tidak menyebabkan runtuhan tanah dan kerosakan kpd struktur bangunan sediada.

“Pihak Majlis telah mengarahkan kontraktor tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja pencegahan dan pembaikan  dengan kadar segera termasuk memagarkan kawasan terlibat untuk keselamatan orang awam,” katanya.

Terdahulu sebahagian dinding sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Teater di sini, yang sedang dalam pengubahsuaian, runtuh dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu.

Bagaimanpun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");