Jenayah

Rumah teres hangus

Alor Setar: Sebuah rumah teres setingkat mengalami kerosakan teruk dalam kebakaran di Taman Rakyat, Mergong, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, empat sekeluarga berjaya menyelamatkan diri selepas terhidu bau asap dari ruang dapur rumah berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.18 tengah malam dan sepasukan 17 anggota diketuai Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba Mohd Helmi Abu Husin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bersama tiga jentera bergegas ke lokasi.

“Anggota kami turut dibantu 35 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Jalan Kundur, Kilang Tebu, Taman Mutiara dan Kampung Berjaya untuk memadam kebakaran.

“Terdapat seorang wanita berusia 50-an dipercayai isteri pemilik rumah itu pengsan di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dengan menaiki jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan.

“Setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");