Sukan Hari Ini

‘Salahkan Casillas’

Madrid: Bekas jurulatih Sepanyol Vicente del Bosque mencetuskan kontroversi apabila mengkritik sikap buruk kapten veteran Iker Casillas selepas juara bertahan itu pulang awal daripada kempen Euro kali ini.

Kekalahan 0-2 kepada Itali, Isnin lalu menamatkan cabaran Sepanyol untuk merangkul kejuaraan hatrik dengan Casillas sekadar memanaskan bangku simpanan di belakang penjaga gol Manchester United David de Gea selepas menjadi kapten untuk dua edisi Euro sebelum ini.

Del Bosque mengesahkan keputusan beliau meletak jawatan, kelmarin, rentetan daripada kegagalan Piala Dunia 2014.

Bagaimanapun, kritikan terbukanya ke atas Casillas mengejutkan seluruh Sepanyol.

“Dengan pemain lain dia tiada masalah, tapi dengan barisan kejurulatihan, sikapnya berbeza,” kata Del Bosque.

Del Bosque juga pernah mencetuskan persoalan besar mengenai siapa yang sepatutnya menjadi penjaga gol utama di Perancis apabila beliau enggan menamakan pilihan penjaga gol terbaiknya ketika kempen kelayakan.

Bagaimanapun, sebelum bermulanya kejohanan, beliau pernah menyatakan Casillas calon terbaik sebagai penjaga gol gantian.

“Dia memang tidak baik dengan barisan kejurulatihan, tapi dengan pemain lain, Casillas tiada masalah. Kemarahannya dilontarkan kepada kami barisan kejurulatihan,” katanya.

Del Bosque berkata, dia sememangnya kecewa dengan tingkah laku penjaga gol berusia 35 tahun itu sehinggakan enggan menghantar mesej kepada Casillas untuk menyatakan tujuannya meletak jawatan.

Sementara itu, Casillas yang sudah melakukan 167 penampilan – rekod caps terbanyak untuk Sepanyol – masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai persaraannya.

Bagaimanapun, Casillas sudah memberi bayangan mengenai persaraannya apabila memuat naik video klip filem Rambo lakonan Sylvester Stallone yang berkata: “Saya tidak tahu di mana, tapi saya akan pergi.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");