Membawang Hari Ini

Sandra Balik Sabah, Sedia Bajet RM5,000

PETALING JAYA: Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hey Kau iaitu Sandra memberitahu dia menyediakan bajet untuk perbelanjaan raya pada tahun ini sebanyak RM5,000 untuk keluarganya.

Sandra atau nama sebenarnya, Alessandra Dianne Ampuria, 22, berkata, bajet tersebut termasuk menyediakan baju raya untuk ibu bapa dan empat adik-beradiknya.

“Ini meruapakan tahun kedua saya menyambut Hari Raya sebagai artis dan sudah mempunyai pendapatan sendiri, jadi tahun ini saya sediakan kira-kira RM5,000 untuk perbelanjaan raya.

“Apa salahnya kita berbelanja lebih sedikit untuk keluarga pada hari istimewa ini,” ujar Sandra kepada mStar Online.

Sandra berkata dia bercuti selama seminggu di kampung halamannya di Tuaran, Sabah.

Sementara itu, dia juga bakal mengadakan majlis rumah tebuka pada Hari Raya kedua kepada sanak saudara dan jiran tetangga.

“Keluarga saya ramai ada juga yang bukan Islam dan mereka biasanya turut menyambut Hari Raya.

“Sejak menjadi artis lebih ramai keluarga yang datang menziarah dan ada di kalangan ahli keluarga menjadi peminat saya,” ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang pengalaman raya, Sandra berkata dia tidak boleh melupakan aktiviti mengutip duit raya dari rumah ke rumah.

Katanya, ketika itu dia masih bersekolah rendah dan berjaya mengumpul kira-kira RM200.

“Dulu kanak-kanak memang aktiviti wajib setiap kali Hari Raya, akmi akan pergi dari sebuah rumah ke rumah yang lain semata-mata untk dapatkan duit raya RM1,” ujarnya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");