Sukan Hari Ini

Santos optimis

SETELAH berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir, pengendali Portugal, Fernando Santos optimis pasukannya memiliki keupayaan untuk melangkah ke final.

Santos juga menyifatkan beberapa tonggak dalam pasukan seperti Nani, Cristiano Ronaldo dan Pepe menjadi tulang belakang kepada kemaraan Portugal.

“Sebelum ini, ramai yang kata pasukan kami tidak mampu pergi jauh berdasarkan prestasi semasa dalam peringkat kumpulan.

“Tetapi sekarang kami telah buktikan bahawa boleh capai matlamat. Kami memiliki cita-cita untuk memberikan sesuatu kepada rakyat Portugal,” katanya.

Dia turut menafikan pasukannya layak ke peringkat separuh akhir kerana tuah penalti dan menegaskan pemainnya adalah pakar dalam mengambil sepakan penalti.

“Penalti adalah seperti satu perjudian. Tetapi saya tahu pemain saya merupakan penendang penalti yang bagus,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");