Perak Hari Ini

Selama Johan Kacau Dodol Peringkat Parlimen Larut

SELAMA : Pasukan dari kawasan Selama berjaya menewaskan 31 pasukan lain dalam Fiesta Kacau Dodol Perdana Peringkat Parlimen Larut yang diadakan di Dewan Felda Ijok, malam tadi.PERAK TODAY 1

Kejayaan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM2,000 yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Tempat kedua dimenangi oleh Kampung Bendang Nering manakala tempat ketiga menjadi milik Kampung Pantai Besar.

Wakil kumpulan Selama, Zamri Din berkata, selain daripada kerjasama yang baik daripada ahli kumpulan, antra kelainan yang digunakan oleh ahli kumpulannya adalah memasak menggunakan kayu api.

PERAK TODAY 2

“Dari segi resipi, saya rasa semua kumpulan menggunakan resipi yang sama dan ada cara masing-masing.

“Tetapi bagi kami, kami menggunakan kayu api untuk memasak dan tidak menggunakan dapur gas seperti kumpulan lain,”ujarnya.

Ujarnya lagi, mungkin terdapat kelainan dari segi rasa dodol yang menggunakan dapur kayu dan dapur gas.

Mengulas mengenai program tersebut, Zamri berkata program sebegini perlu diteruskan di masa akan datang.

PERAK TODAY 5

“Selain daripada mengeratkan silaturrahim antara kita semua, program ini juga dapat memperkenalkan cara membuat dodol dengan masyarakat terutamanya generasi muda,”ujarnya.

Sementara itu, Hamzah berkata, program kacau dodol perdana pada tahun ini lebih meriah apabila disertai banyak kumpulan yang bertanding.

Ujarnya lagi, selain pertandingan mengacau dodol bagi orang lelaki, turut diadakan ialah pertandingan memasak nasi minyak, ayam masak merah dan kurma kambing bagi golongan wanita.

PERAK TODAY 6

“Saya buat program ini adalah salah satunya untuk merapatkan silaturrahim di antara kampung-kampung di Parlimen Larut ini.

“Keduanya adalah untuk bersama dengan masyarakat di Parlimen Larut dengan bersahur bersama melalui masakan yang dipertandingkan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");