Jenayah

Sesak nafas rumah dipecah masuk

Kuala Lumpur: Warga emas bergelar ‘Datuk’ maut selepas mendapati tiga pencuri memasuki rumahnya di Lorong Bukit Pantai 4, Bukit Pantai, di sini, 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, kejadian berlaku apabila lelaki berusia 72 tahun berkenaan pulang ke rumah bersama isterinya.

Katanya, selepas mangsa memasuki rumah, tiga suspek lelaki itu dilihat melarikan diri dan mangsa menjerit meminta bantuan.

“Suspek tidak berdepan dengan mangsa atau isteri ketika kejadian. Mangsa masuk ke bilik utama untuk membuat pemeriksaan dan secara tiba-tiba sesak nafas dan pengsan.

“Pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sampai di tempat kejadian dan sahkan mangsa meninggal dunia, kira-kira 10 malam,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Shahrul, pemeriksaan mendapati mangsa kerugian hampir RM60,000 selepas jam tangan, dua cincin berlian dan wang tunai asing dilarikan penjenayah terbabit.

Katanya, siasatan mendapati penjenayah terbabit dipercayai memasuki rumah menerusi tingkap belakang.

“Pemeriksaan dilakukan pihak Forensik menemui empat kesan cap jari di tempat kejadian.

“Siasatan lanjut dilakukan bagi mengesan suspek mengikut Seksyen 457 Kanun Kesesaan,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");