Panasnya Hari Ini

Shafie Tidak Tolak Andaian Tubuh Parti Baru Di Sabah

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak menolak andaian untuk menubuhkan satu parti politik baru di Sabah.

Ujarnya, penubuhan parti politik baharu bertujuan untuk memperjuangkan agenda politik tempatan.

“Perjuangan parti baharu ini mengetengahkan isu setempat, nasional selain memperjuangkan hak pembangunan bandar dan luar bandar secara sama rata.

“Tunggulah, bila sampai waktunya. Kita mahu perjuangkan pelbagai isu termasuk keselamatan dan pembangunan sama rata,”katanya, lapor Harian Metro.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna turut berkata, pengumuman parti baru itu akan dilakukan dalam tempoh terdekat sejurus segala aspek persiapan diselesaikan.

Terdahulu, Shafie digantung jawatan dalam UMNO selepas berdiri sepentas dengan pembangkang untuk menyerang pimpinan dan parti sebelum mengumumkan keluar dari UMNO pada 4 Julai lalu.

Manakala bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut dipecat dari UMNO atas sebab yang sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");