Panasnya Hari Ini

Shahruddin Letak Jawatan Selaku Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh

KUALA LUMPUR: Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, bertindak meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Memetik sumber Berita Harian, perkara itu telah disahkan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday, ketika dihubungi BH, sebentar tadi.

“Beliau hanya meletakkan jawatan dalam parti iaitu sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan masih lagi memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak,” katanya.

Surat peletakan jawatan yang ditandatangani sendiri Shahruddin bertarikh hari ini itu mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp sejak awal pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");