Membawang Hari Ini

Sindir di laman sosial

Ketika ini heboh mengenai percakaran di antara selebriti suami isteri, Kanye West dan Kim Kardashian dengan penyanyi Taylor Swift.

Malah, hampir setiap hari pergaduhan itu semakin panas.

Sehubungan itu, ramai menantikan reaksi penyanyi Katy Perry yang pernah berperang dingin dengan Taylor tidak lama dulu.

Ternyata, penyanyi Roar itu dalam diam mengikuti isu berkenaan serta memerhati setiap perkembangannya.

Hal itu terbukti apabila dia turut mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran di media sosialnya meskipun tidak menujukan secara terang-terangan ia berkait Taylor.

Namun, ramai mula menghidu dia sememangnya secara rahsia menyerang Taylor.

Katy menerusi Twitter berkongsi sebuah imej GIF Hilary Clinton yang melakukan aksi mengangkat bahu. Dia juga sempat tweet sebuah mesej lama seolah-olah mahu menyampaikan sesuatu.

“Masa, pembuka kebenaran yang paling berkuasa,” katanya.

Perang dingin antara dua penyanyi hebat itu dikatakan sudah lama berpanjangan. Pada 2014, Katy didakwa ‘mencuri’ penari latar Taylor dan menggunakan khidmat mereka untuk siri jelajahnya.

Taylor pula dengan lantangnya mendedahkan situasi sebenar antara mereka kepada majalah Rolling Stone tidak lama dulu.

“Bertahun-tahun lamanya, saya tidak pasti sama ada kami berkawan atau tidak. Dia akan sentiasa datang kepada saya di acara anugerah sebelum mengatakan sesuatu dan kemudian berlalu pergi.

“Saya lantas terfikir, adakah kami bersahabat atau dia hanya datang dengan niat untuk menghina kehidupan saya?” katanya.

Perang Kim, Kanye dan Taylor tercetus sejak Ahad lalu apabila Kim memuat naik sebuah video di SnapChat yang menunjukkan perbincangan lirik kontroversi lagu Famous antara Kanye dan Taylor.

Tidak lama kemudian, penyanyi Bad Blood itu pula memuat naik kenyataan serang di Instagram yang menuduh bintang TV dan suaminya itu cuba mencerminkan dia seorang penipu.

Sebaik drama pergaduhan itu semakin panas, Katy tidak ketinggalan menaikkan sebuah tweet di Twitter. Dia seolah-olah mempromosikan lagu tema Olimpik nyanyiannya berjudul Rise, namun ramai dapat meneka mesej tersiratnya.

“Bangkit daripada segala-galanya,” katanya di Twitter.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");