Berita Hari Ini

Street Dakwah Ipoh selami nasib gelandangan

IPOH – Seramai 40 individu terdiri kalangan belia Street Dakwah Ipoh menyertai Program Menyantuni Gelandangan sempena Ramadan.

Koordinator program, Irwan Shah berkata, program tersebut bertujuan menyelami nasib golongan itu yang disifatkan sering dilupakan masyarakat.

“Misi tersebut menyasarkan gelandangan di sekitar Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh, Medan Selera Dato Tahwil Azar, pekan lama dan beberapa kawasan sekitar.

“Saya yakin masyarakat di luar sana tidak mengetahui keberadaan kelompok gelandangan di kota Ipoh ini,” katanya.

Menurutnya, seramai 30 gelandangan daripada pelbagai kaum dan bangsa menerima sumbangan berupa keperluan makanan dan kelengkapan diri seperti tuala serta wang tunai.

Beliau berkata, program tersebut bukanlah pertama kali diadakan sebaliknya ia adalah rentetan daripada misi-misi bantuan sebelum ini.

“Namun kali ini kita tampil dengan kelainan melalui pendekatan berinteraksi bersama mereka, menyelami isi hati mereka dan ternyata golongan ini sangat mengharapkan perhatian semua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, peserta, Asyraf Anuar berkata, penglibatannya dalam program terbabit disifatkan sebagai pengalaman yang menzahirkan realiti sebenar kehidupan gelandangan.

Katanya, golongan muda perlu menginsafi akan nasib golongan tersebut seterusnya berusaha membantu mereka.

“Saya sebagai golongan muda tidak tahu akan kewujudan golongan ini di tengah hiruk-pikuk kota Ipoh.

“Siapa sangka, di celah-celah bangunan yang sunyi dihuni oleh mereka yang kurang bernasib baik ini. Ia sangat menyedihkan,” katanya.

Street Dakwah Ipoh adalah satu gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang giat menjalankan aktiviti dakwah bersifat santai dan kontemporari di seluruh negeri ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");