Perak Hari Ini

Sukma XVIII 2016: Perak Sasar 40 Pingat Emas

IPOH: Perak mensasarkan untuk memperolehi 40 pingat emas selain berada pada kedudukan ketiga terbaik dalam Sukan Malaysia Ke-18 (Sukma XVIII) 2016 di Sarawak yang bakal berlangsung mulai 17 hingga 31 Julai ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Ketua Kontinjen Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, sasaran tersebut diharapkan dapat dicapai melalui beberapa acara yang dipertandingkan pada sukan berkenaan.

“Kalau pada Sukma yang lepas kita cuma dapat 24 emas, dan pada kali ini kita menetapkan sasaran kita sekurang-kurangnya 40 emas dan meletakkan kita ditempat ketiga di antara negeri-negeri yang bertanding.

PERAK TODAY 1

“40 pingat emas itu kita sasarkan daripada olahraga, menembak, tinju, badminton, tenpin bowling, petanque dan juga seni mempertahankan diri yang mana pecahan pingat tersebut daripada pelbagai pertandingan.

PERAK TODAY 6

“Kita juga tidak mahu menamakan nama satu persatu, nanti akan menimbulkan tekanan kepada mereka, jadi kita letakan harapan kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Perak ke Sukma XVIII, Sarawak 2016 di sini, hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

PERAK TODAY 2

Ujarnya lagi, ia merupakan platform untuk menghasilkan atlet yang lebih baik untuk menghadapi Sukma pada 2018 nanti yang mana Perak akan menjadi tuan rumah bagi sukan berkenaan.

“Seperti yang disebut Menteri Besar tadi, pada tahun 2018, sasaran kita adalah untuk menjadi johan keseluruhan.

“40 pingat emas ini sebagai sandaran awal kita untuk menjadi johan pada tahun 2018,” katanya lagi.

PERAK TODAY 5

Sementara itu, Zambry dalam ucapannya telah mengumumkan pemberian insentif kepada para atlet yang berjaya memperolehi pingat dalam Sukma kali ini.

“Saya ingin memaklumkan insentif yang kita berikan bagi atlet yang memperolehi pingat emas untuk acara individu adalah RM5,000, manakala pingat perak RM3,000 dan gangsa RM1,000. Kalau pecah rekod kebangsaan, kita tambah RM2,000.

“Manakala, untuk acara berpasukan, atlet yang memperolehi pingat emas akan diberikan RM2,500, perak RM1,500 dan gangsa RM500 untuk setiap seorang,” jelasnya.

Beliau juga berharap agar semua atlet yang mewakili Perak dapat mengharumkan nama negeri itu ke peringkat yang lebih tinggi dan membuktikan bahawa mereka mampu bersaing sama hebat dengan atlet dari negeri lain.

PERAK TODAY 3

“Saya amat berharap agar kontinjen dari negeri ini berjaya menebus maruah dan meningkatkan kecemerlangan sukan negeri Perak.

“InsyaAllah sasaran tiga terbaik dengan mensasarkan 40 pingat emas bukan khayalan semata-mata sekiranya kita semua bersama-sama berganding bahu dan bersatu padu tanpa mengira apa jua bangsa, agama dan kaum,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");