Berita Hari Ini

Teliti pengaruh IS di kalangan pelajar, mahasiswa

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta melakukan kajian menyeluruh bagi melihat kesan ideologi militan ini terhadap warga sekolah termasuk pelajar, guru dan kakitangan.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohammad Fazril Mohd Saleh, ia bagi memperkasakan usaha kementerian dan pihak berkuasa membanteras ideologi militan dalam kalangan pelajar dan mahasiswa.

“Kami nyatakan sikap dan pendirian kami untuk terus membantah sebarang unsur terorisme khususnya melibatkan pelajar dan mahasiswa di negara ini.

“Kami juga mewakili suara pelajar dan mahasiswa Islam Malaysia menyatakan sokongan padu atas tindakan KPM menyeru warga pendidik dan pelajar sekolah supaya berwaspada dengan kegiatan golongan “sel senyap” (sleeping cells) yang cuba mempromosi dan menyebarkan ideologi militan secara halus dan senyap melalui media sosial,” katanya dalam kenyataan.

Pihaknya dalam pada itu menyifatkan penyebaran ideologi itu sebagai suatu jenayah siber dan salahlaku etika sosial selain menegaskan isu IS tidak boleh lagi dipandang ringan.

“Kami tidak mahu ancaman ini membarah dalam kalangan pelajar sekiranya tidak diambil tindakan pencegahan yang proaktif.

“Pihak kami sedia dipanggil untuk tampil membantu dan bekerjasama dalam inisiatif membanteras fahaman militanisme dan keganasan dalam kalangan pelajar dan mahasiswa,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");