Sukan Hari Ini

‘The Flying Youth’ sesuai buat Khairul

Melaka: ‘The Flying Youth’ adalah gelaran terbaik buat Raja Pecut SUKMA ke-18, Khairul Hafiz Jantan berdasarkan keupayaan anak Melaka itu muncul pelari terpantas negara pada usia 18 tahun, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata dengan menjadi pelari terbaik negara pada usia yang masih muda Khairul dan seorang lagi pelari pecut muda negeri ini Badrul Hisham Abdul Manap, 19, mempunyai masa depan cerah bagi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Layaklah dia (Khairul) digelar pemuda paling laju atau ramai yang bertanya saya apa kita nak namakan dia seperti raja pecut sebelum ini. Jadi saya kira yang terbaik ‘The Flying Youth’ – orang muda terpantas di negara ini.

“Tahniah buat Khairul, Badrul dan rakan-rakan lain kerana mencipta nama untuk Melaka serta memecah rekod SUKMA dan kebangsaan, moga mencapai kejayaan selepas ini di Sukan SEA, Sukan Asia dan seterusnya Sukan Olimpik. Saya bangga dengan kamu semua,” katanya menerusi kenyataan video kepada BERNAMA menerusi aplikasi Whatsapp di sini semalam.

Khairul kini menjadi sebutan selepas memecahkan rekod kebangsaan 100m dengan catatan baharu 10.18 saat, Rabu lalu.

Dia juga meraih emas acara 200m selepas memperbaharui rekod kejohanan semalam dengan catatan 21.14s.

Dua raja pecut negara sebelum ini – Tan Sri Dr M Jegathesan digelar ‘The Flying Doctor’ manakala gelaran ‘The Flying Dayak’ diberikan kepada Watson Nyambek.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");