Membawang Hari Ini

THR Gegar sasar lebih 2 juta pendengar

KOTA BHARU: THR Gegar menyasarkan lebih dua juta pendengar untuk terus melonjak sebagai radio nombor satu di Pantai Timur. Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan, berkata hasil kaji selidik sejak November 2015 sehingga Julai 2016 mendapati seramai 1.6 juta pendengar THR seluruh Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya mengadakan pelbagai program radio untuk menaikkan kedudukan THR supaya mampu bersaing dengan stesen radio terkemuka lain.

“Antara yang menarik bermula Ogos ini ialah program Jajahan Gegar yang mana penyampai radio Ceria Pagi iaitu Shah dan Zura berkolaberasi dengan artis tempatan untuk ‘busking’ di restoran dan kedai yang terpilih di setiap negeri di Pantai Timur.

“Setakat ini kami sudah mengedarkan payung, apron dan topi kepada 20 restoran terpilih di setiap negeri dan lapan daripadanya akan terpilih untuk dijadikan lokasi ‘busking’.

“Tujuan Jajahan Gegar adalah untuk mendekatkan peminat dengan penyampai THR disamping menarik lebih ramai pendengar menjadikan radio ini sebagai frekuensi pilihan mereka,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka THR bersama pelanggan di Hotel Perdana di sini, malam tadi.

THR Gegar kini menduduki tangga keempat selepas Era FM, Sinar FM dan Hot FM dalam kedudukan radio pilihan pendengar di Malaysia.

“Kerjasama dan persefahaman antara penyampai radio melancarkan setiap program yang kita adakan. Pihak kami sama-sama menyumbang idea untuk terus memberi yang terbaik kepada stesen radio ini.

“Gandingan penyampai radio Suzana bersama Nasa di Gegar Petang dan Zura bersama Shah di Ceria Pagi ternyata memberi kesan di hati pendengar. Kami menerima banyak respon positif daripada pendengar melalui media sosial,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/174894

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");