Panasnya Hari Ini

“Tidak Perlu Heret Seluruh Negeri Hanya Kerana Masalah Peribadi”- KJ

KUALA LUMPUR:Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa seluruh Negeri Pulau Pinang tidak sepatutnya diheret sama ke dalam pilihan raya tergempar berikutan krisis peribadi seseorang pemimpin.

Memetik sumber Mstar online, jelasnya langkah itu tidak perlu kerana Pulau Pinang tidak berhadapan sebarang krisis politik atau perlembagaan.

“Hanya ada krisis peribadi yang melibatkan Ketua Menteri. Tetapi anda tidak perlu mengheret seluruh negeri untuk menghadapi pilihan raya tergempar hanya kerana anda mempunyai masalah peribadi,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkat demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang.

Jelasnya lagi, langkah itu disifatkan sebagai satu pembaziran sumber kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Tidak ada sebab untuk memanggil bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri. Kita secara tradisinya mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen bersama-sama, kecuali di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Malah beliau turut menyatakan bahawa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali juga tidak yakin tentang idea panggil pilihan raya awal di negeri ini.

“Saya percaya ini adalah hanya satu langkah untuk menyelesaikan krisis peribadi Guan Eng,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");