Sukan Hari Ini

Tidak terkesan soal perpindahan

BINTANG Leicester City, Riyad Mahrez yang dikhabarkan menjadi sasaran beberapa kelab utama seperti Arsenal, Chelsea dan Barcelona dikatakan tidak terganggu pelbagai spekulasi terhadap masa depannya.

Mahrez yang tampil luar biasa bersama The Foxes musim lalu dengan mencipta 17 gol dan 10 assist itu menjadi penyumbang terbesar membantu kelabnya menggondol gelaran juara.

Biarpun dikejar beberapa kelab besar, namun pengurus Leicester, Claudio Ranieri tetap menegaskan Mahrez akan kekal dengan pasukannya musim ini.

Hal ini juga diakui rakannya, Demarai Gray yang menyifatkan Mahrez tidak mempedulikan soal gosip perpindahan dan memberikan fokus penuh terhadap Foxes.

“Dia (Mahrez) masih lagi pemain dan berlatih dengan Leicester untuk perlawanan yang menanti,” ujar Gray.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");