Berita Hari Ini

Tip penggunaan elektrik sebelum balik kampung

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyarankan beberapa tip penggunaan elektrik yang mudah diamalkan bagi mereka yang pulang ke kampung halaman untuk sambutan Aidilfitri.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata sesetengah tip berkenaan bersifat bijak tenaga, praktikal serta boleh dijadikan amalan rutin.

“Pertama, pastikan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan ditutup dan palamnya ditanggalkan bagi mengelakkan arus elektrik terus mengalir.

“Kedua, sekiranya perlu menyalakan lampu rumah bagi mengelakkan kecurian, sila pertimbangkan penggunaan alat pengukur masa supaya lampu tidak dipasang 24 jam sehari,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu katanya, pastikan semua soket dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai berlebihan.

Beliau juga berkata pastikan peralatan elektrik yang perlu dipasang dalam keadaan baik dan motor di dalam peralatan elektrik bermotor, bergerak lancar.

“Di samping itu, buka gulungan wayar sambungan tambahan sepenuhnya untuk mengelakkannya daripada menjadi terlalu panas jika digunakan,” katanya.

Mohd Aminuddin juga menasihatkan pengguna supaya menguji Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) atau Residual Current Circuit Breaker (RCCB), satu amalan yang sebaik-baiknya dilakukan sebulan sekali.

Orang ramai boleh merujuk laman web www.tnb.com.my atau Facebook TNB Careline untuk mengetahui cara-cara menguji PLAB.

Beliau berkata pengguna juga boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan TNB di talian 15454 atau Facebook TNB Careline untuk mendapatkan bantuan sekiranya berlaku gangguan elektrik.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");