Berita Hari Ini

TNB perkenal transaksi dalam talian

SHAH ALAM – Pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini boleh membuat pelbagai transaksi dan mendapat akses kepada maklumat berkaitan secara atas talian melalui sebuah one-stop portal iaitu www.mytnb.com.my yang akan diperkenalkan pada hujung bulan ini.

Menerusi kenyataan medianya hari ini, TNB memaklumkan bahawa antara urusan yang boleh dibuat melalui portal berkenaan meliputi “permohonan bekalan, pengurusan akaun seperti pertukaran nama (Change of Tenancy) dan penutupan akaun, pemulangan wang cagaran dalam tempoh lebih singkat dan terus didebitkan ke akaun bank pelanggan, pembayaran bil dan pelbagai transaksi lain yang akan diperkenalkan selepas ini.”

Selain daripada itu, pelanggan juga akan mendapat akses kepada maklumat dan trend penggunaan elektrik mereka, carian ke portal-portal lain berkaitan industri elektrik dan pelbagai informasi lain yang turut akan disediakan.

Difahamkan, portal tersebut menggunakan satu sistem bersepadu yang membolehkan pengguna membuat urusan ‘tanpa sempadan’ bagi permohonan bekalan, pertukaran nama dan penutupan akaun di mana-mana Kedai Tenaga di seluruh semenanjung.

Dalam pada itu, semasa tempoh peralihan sistem (sepanjang bulan Julai, 2016) gangguan kecil (minor hiccups) mungkin terjadi untuk beberapa transaksi.

Namun begitu, pihak TNB sentiasa bersedia untuk membantu dan akan berusaha sebaik boleh bagi mengurangkan gangguan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tnb.com.my atau menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami di talian 15454, 1300885454 atau di Kedai Tenaga yang berhampiran.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");