Sukan Hari Ini

TRW terkesan jadual padat

VELIZAR Popov menganggap faktor keletihan memberi kesan kepada persembahan The Red Warriors (TRW) dalam aksi Liga Super menentang Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Bagaimanapun, pengendali Kelantan itu tetap berpuas hati satu mata diperoleh hasil keputusan seri dengan skuad Tok Gajah itu.

“Pemain-pemain saya telah melakukan persembahan yang baik, walaupun keletihan menjadi salah satu faktor untuk kita tidak mendapatkan lebih mata malam ini (malam kelmarin).

“Saya akui kita mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tapi kita tidak boleh terlalu berharap, walaupun kemenangan bola sepak adalah dengan menjaringkan gol yang banyak,” katanya.

Popov mengakui, kerja berpasukan diperlukan terutamanya untuk mendapatkan mata penting dalam sesuatu perlawanan, namun untuk pertemuan menentang Tok Gajah, ia tidak berjaya mengatasi keupayaan tenaga pemain yang berkurangan.

Dia turut meluahkan kerisauannya berdepan JDT esok ini kerana disebabkan jadual yang padat tersebut, ia sekali gus memberi kesan kepada prestasi pemain terutamanya bila beraksi di tempat lawan.

“Tiada siapa boleh jangka apa akan berlaku. Sebagaimana hari ini (kelmarin), pemain bermain lebih daripada jangkaan saya dan mereka hampir kekeringan tenaga. Saya tidak boleh letak harapan terlalu tinggi, namun kita akan cuba tajamkan tenaga sedia semasa bertemu JDT nanti.

“Kita juga akan melakukan beberapa pertukaran bagi memastikan gantian untuk kesebelasan utama itu mempunyai kelebihan sama. Saya tidak tahu mereka boleh beraksi lagi menentang JDT atau tidak, tetapi kita akan cuba,” katanya.

Popov turut merakamkan penghargaan kepada penyokong TRW yang membanjiri stadium pada perlawanan itu memberitahu, pemain sudah melakukan terbaik dan akan cuba meraih kemenangan dalam aksi seterusnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");