Panasnya Hari Ini

Tubuh Parti Politik Ibarat Buka Kedai Kopi- Wan Junaidi

KUALA LUMPUR:Menteri sumber asli dan alam sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan penubuhan parti politik kini sama seperti buka kedai kopi, boleh dibuka dengan mudah dan kemudian senang juga lingkup jika tiada sambutan daripada pelanggan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penerimaan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap parti baharu yang akan ditubuhkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menentang BN pada PRU14.

Ujarnya lagi, parti politik memang boleh ditubuhkan pada hari ini tetapi ia akan bubar sekiranya tidak mempunyai ahli.

“Parti politik, dia macam kedai kopi..dia boleh buka (ditubuhkan) kedai hari ini, dia akan ‘lingkup’ kalau pelanggan (ahli) tak ada.

“Parti mesti mempunyai visi, misi dan kapasiti untuk meneruskan daya tahan parti baharu.

“Tapi akhirnya jika mereka tidak boleh meneruskan, mereka akan lenyap secara semula jadi,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Ujarnya lagi, sokongan orang ramai terhadap parti baharu bergantung kepada agenda, daya tahan dan sambutan masyarakat.

“Kalau tak salah saya, kita ada kira-kira 70 parti baharu sejak 1960-an dan semua sudah berkubur,” katanya.

Malah beliau menyatakan keyakinan bahawa parti baharu diketuai Dr Mahathir itu tidak akan dapat mengancam Sarawak.

“Di kawasan saya, siapa hendak boleh bertanding dengan saya. Bila-bila masa dan siapa-siapa di kalangan mereka. Sebut saja nama besar dia.

“Kalau tak hilang cengkeram (wang deposit), itu kawasan sayalah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");