Membawang Hari Ini

Uqasha tak mahu buka mulut gosip cinta kerabat

KUALA LUMPUR: Pelakon, Uqasha Senrose enggan mengulas gosip hangat yang mengaitkan dirinya dengan kerabat Pahang, Tengku Bakar selain meminta masyarakat memahami keadaannya.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 24, berkata buat masa ini dia lebih selesa menutup mulut daripada memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Lebih elok sekiranya saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal itu. Saya berharap semua pihak dapat memahami situasi saya,” katanya ringkas ketika dihubungi BH Online.

Terdahulu, Uqasha dan Tengku Bakar yang juga ahli perniagaan sering memuat naik gambar mereka berdua menerusi akaun Instagram masing-masing.

Malah difahamkan Tengku Bakar juga antara individu utama yang bertanggungjawab merancang dan merealisasikan majlis sambutan ulang tahun bintang Tundukkan Playboy Itu.

Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Uqasha bakal berangkat ke Maghribi petang ini bagi menjayakan drama rantaian 26 episod berjudul Khabar Dari Casablanca.

Drama arahan Feroz Kadir itu turut menampilkan Remy Ishak sebagai teraju utama.

“Saya akan berlepas ke Maghribi pada jam 7 petang ini menjalani penggambaran Khabar Dari Casablanca. Insya-Allah, saya akan berada di sana sehingga bulan depan,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/173493

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");