Sukan Hari Ini

V Shem, Wee Kiong waspada jumpa lawan

Putrajaya: Gandingan beregu lelaki negara Goh V Shem dan Tan Wee Kiong mengambil sikap berwaspada setiap lawan bakal ditentang di pentas Olimpik Rio awal bulan depan.

Mereka sedar tidak boleh terlalu yakin kerana saingan di temasya sukan terbesar dunia itu mempunyai banyak kejutan yang perlu dielakkan.

Wakil tunggal negara dalam acara beregu lelaki itu diundi dalam Kumpulan B bersama-sama pilihan keempat kejohanan Fu Haifeng dan Zhang Nan selain pasangan Jerman Michael Fuchs dan Johannes Schoettler dari Amerika Syarikat.

Dua pasangan teratas dari empat kumpulan akan mara ke suku akhir.

“Kami memberikan tumpuan perlawanan demi perlawanan kerana pentas Olimpik, kekalahan tidak dijangka amat mudah berlaku.

“Kami perlu mempamerkan persembahan mantap setiap perlawanan. Tahap kategori beregu lelaki kebanyakannya sama, banyak bergantung kepada persembahan kami pada hari perlawanan,” Wee Kiong

Ditanya mengenai cabaran Fu Haifeng dan Zhang Nan, Wee Kiong mengakui pilihan keempat kejohanan itu antara yang dilabel mampu meraih emas.

“Namun kami akan memberikan tentangan. Kami mempunyai banyak kelebihan namun Olimpik pentas berbeza, jadi perlu berwaspada,” tambahnya.

Bagaimanapun V Shem melihat mereka berpeluang besar untuk melepasi saingan peringkat kumpulan dan mara ke suku akhir.

“Cuma pasangan China kuat dan konsisten. Kami berharap mampu mempamerkan persembahan baik di peringkat kumpulan terlebih dulu sebelum memikirkan peringkat seterusnya,” jelasnya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");