Sukan Hari Ini

Wales tak gentar berdepan Belgium

PENYERANG Wales, Gareth Bale menegaskan tiada sebab buat pasukannya gentar dengan pertemuan suku akhir Euro 2016 berdepan Belgium di Stadium Pierre – Mauroi, awal pagi esok.

Katanya, walaupun pasukan yang menghuni ranking nombor dua dunia itu dianggap pilihan, namun ia bukan ancaman yang boleh melunturkan semangat Wales.

Malah, skuad kendalian Chris Coleman itu semakin yakin untuk menjadikan Belgium mangsa seterusnya pada Euro kali ini.

“Mereka (Belgium) sebuah pasukan yang sangat bagus, kami sedar tentang itu, tapi kami tidak akan berasa gentar kerana Wales juga pasukan yang baik.

“Kita tidak akan berada di sini (suku akhir) kalau Wales tidak hebat, mereka (Belgium) harus ingat perkara itu,” katanya.

Wales tidak pernah kalah dalam tiga pertemuan dengan Belgium sebelum ini dan jelas sekali mereka bersungguh-sungguh mahu melanjutkan kejohanan utama pertama mereka dalam 58 tahun ini dengan mara ke separuh akhir.

Bale yakin peluang Wales untuk mara tidak lebih daripada ’50-50.’

“Kami pernah mengalahkan mereka sebelum ini, jadi kami boleh melakukannya sekali lagi.

“Lagipun, ia adalah masa kami untuk menyerlah. Kami adalah pasukan British tunggal yang masih tinggal dalam kejohanan ini, semestinya ia satu pencapaian mengagumkan.

“Kami sangat bangga dan kami akan mengibarkan bendera Wales dengan megah,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");