Jenayah

Warga asing potong ‘anu’

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai kurang waras bertindak memotong kemaluannya sendiri dalam kejadian di Seksyen 15, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

“Doktor dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia maklumkan kejadian itu kepada kita (polis) kira-kira jam 6.05 petang.

“Lelaki berusia 31 tahun itu dibawa ke hospital oleh rakan senegaranya,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati pesakit itu mengalami kecederaan pada bahagian alat sulitnya itu.

“Temubual awal dengan pesakit mendapati seperti kurang waras. Buat masa ini, keterangannya belum dapat diambil dan kita akan tunggu sehingga dia pulih dan stabil.

“Pesakit masih dirawat di hospital dan kita masih menunggu laporan perubatan (psikiatri) untuk tindakan lanjut,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");