Berita Hari Ini

Zahid kunjung hormat Perdana Menteri Sri Lanka

COLOMBO – SRI LANKA. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesinghe di sini, Jumaat.

Kunjungan hormat di kediaman rasmi perdana menteri di Temple Tree itu berlangsung kira-kira setengah jam mulai 9.40 pagi.

Ahmad Zahid kemudian mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Sri Lanka Mangala Samaraweera di kementerian itu di Republic Building di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di sini pada Khamis untuk lawatan kerja dua hari bertujuan meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang berkongsi banyak persamaan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");