Jenayah

1 maut, 12 cedera nahas treler, bas ekspres

SIBU: Seorang lelaki maut apabila treler dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Jalan Sibu-Selangau, di sini awal pagi tadi.

Nahas jam 4 pagi itu turut menyebabkan pemandu bas cedera, namun 11 penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.04 pagi sebelum menghantar sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu serta Sungai Merah.

Tempat kejadian terletak 76 kilometer dari balai bomba di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat dengan punca nahas.

Setakat ini identiti mangsa masih belum diperoleh.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");