Perak Hari Ini

121 Murid Sertai Seminar Kecemerlangan Pendidikan UPSR 2016

TANJUNG MALIM: Seramai 121 orang calon murid yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 mewakili sekolah-sekolah di daerah Mu`allim dan Batang Padang telah menyertai Seminar Kecemerlangan Pendidikan UPSR 2016.

Seminar yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 29 sehingga 31 Julai 2016 lalu di Dewan Kuliah Pusat, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI Tanjung Malim merupakan kerjasama antara Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat.

Seminar tersebut juga merupakan salah satu bidang di bawah Projek Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR) iaitu Wakaf Ilmu-Program Mumtaz dan Pembelajaran ICT.

“Program perintis ini telah memilih peserta daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah di mana tujuan utamanya untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik antara pelajar bandar dengan luar bandar,” memetik sumber daripada kenyataan media MAIPk semalam.

Penganjuran seminar turut bermatlamat memberi motivasi di kalangan peserta dan berusaha mempertingkatkan prestasi pencapaian UPSR yang akan diduduki tidak lama lagi.

“Seminar ini juga bertujuan untuk menggerakkan ekonomi Islam berlandaskan wakaf.

“Ianya membolehkan wujudnya kesedaran masyarakat umum mengenai kepentingan dan keperluan untuk berwakaf bagi pembangunan ekonomi bersama,” memetik kenyataan media tersebut.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk Tuan Mohd Haidi Sulaiman.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Alumni Suluh Budiman UPSI, Dato’ Ahmad Burak,Yang Dipertua Majlis Guru Besar Batang Padang, Zubiar Zainol,Pegawai-Pegawai MAIPk,guru-guru serta ibu bapa pelajar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");