Berita Hari Ini

13 universiti laksana sistem penilaian baharu iCGPA

SUBANG JAYA – Sejumlah 13 universiti awam akan melaksanakan sistem penilaian baharu pelajar iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA) bermula September ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, lima universiti awam sudah melaksanakan sistem itu pada September tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 18 universiti awam menyertai projek perintis itu.

“Lima universiti sudah memulakan iCGPA pada September tahun lalu. Satu buku panduan juga telah dikeluarkan mengenai iCGPA bagi mengetahui bagaimana ia dilaksanakan dan cara penilaian lengkap.

“Pelajar dinilai daripada pelbagai aspek mencakupi kemahiran komunikasi, keusahawanan, etika dan nilai tambah,” katanya kepada media selepas menyampaikan ‘Biasiswa Kelas Dunia Taylor’s’ (TWCS) kepada 12 pelajar terpilih untuk mengikuti pengajian di universiti itu serta latihan industri bagi pendedahan kepada sektor pekerjaan global di Subang Jaya, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Naib Canselor dan Presiden Universiti Taylor’s, Profesor Michael Driscoll.

Idris berkata antara universiti yang akan melaksanakan sistem itu pada bulan hadapan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaya (UM).

Jelasnya, lima universiti yang telah melaksanakan iCGPA ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Sistem iCGPA mula dikaji dan dibangunkan sejak 2009 melalui kerjasama UKM dan UiTM serta mendapat konsultasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Penilaian iCGPA akan dilaporkan dalam kad skor pelajar dengan menggunakan kaedah ‘Spider Web’ yang akan menyenaraikan prestasi pelajar melalui aktiviti dalam kelas dan kampus.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");