Perak Hari Ini

14 Daerah Berentap Rebut Piala Presiden PAFA 2016

IPOH: Sebanyak 14 pasukan yang juga merupakan ahli gabungan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) bakal mewakili setiap daerah untuk berentap bagi merebut Piala Presiden PAFA 2016 yang membuka tirainya pada 20 Ogos ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan merangkap Bendahari PAFA,Datuk Azhar Ahmad, pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PAFA ini turut melibatkan penyertaan daripada dua pasukan jemputan.

“Pasukan ini merupakan ahli gabungan kepada PAFA dan kali ini kita menerima penyertaan daripada dua pasukan jemputan,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.

Katanya, terdapat empat kumpulan yang bakal berentap iaitu bagi kumpulan A, Ipoh, Kampung Gajah, Kampar dan Batu Gajah manakala bagi kumpulan B ialah pasukan daripada Tanjung Malim, Kerian, Gerik dan Perak Chinese Recreation Club (PCRC).

Manakala kumpulan C melibatkan Perak Tengah, Lenggong, Batang Padang dan Majlis Sukan India Perak (MSIP) serta kumpulan D pula iaitu pasukan daripada Hilir Perak, Melayu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung.

“Ini adalah gabungan dan penyertaan daripada pelbagai kaum selain bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu daripada setiap daerah yang terlibat,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, berdasarkan pertandingan seperti ini pemerhati bebas yang dilantik bakal melihat potensi para pemain untuk diketengahkan dalam pemilihan berpusat.

“Tahun ini pertandingan setiap pasukan akan bermain sebanyak tiga kali,(tuan rumah)home and away mengikut syarat yang ditetapkan pihak FAM,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, hadiah yang ditawarkan kali ini juga menarik iaitu johan bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan pingat, manakala naib johan sebanyak RM7500,00 beserta pingat dan tempat ketiga bakal membawa pulang sebanyak RM5,000.

“Yuran penyertaan juga tidak dikenakan bagi setiap pasukan yang bertanding kali ini,” katanya lagi.

Perlawanan akhir Piala Presiden PAFA 2016 dijangka berlangsung pada 1 Oktober bertempat di Stadium Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");