Sukan Hari Ini

16 tahun ‘hilang’

Kuala Lumpur: Bekas ketua pasukan hoki negara, Mirnawan Nawawi mengakui kecewa tidak dapat melihat skuad Speedy Tigers beraksi di Sukan Olimpik Rio selepas kali terakhir berjaya melakukannya di Sydney 16 tahun lalu.

Dia yang sudah merasai bahang saingan Olimpik tiga kali pada 1992 (Barcelona, Sepanyol), 1996 (Atlanta, Amerika Syarikat) dan 2000 (Sydney, Australia) menaruh harapan untuk melihat sukan itu kembali layak ke temasya sukan terbesar dunia itu.

Katanya, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) perlu menyediakan ‘blue print’ baharu menjelang Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Jepun bagi meletakkan semula skuad hoki negara dalam kalangan pasukan hebat dunia lain.

“Saya ingin memandangnya dari sudut positif dan lupakan kegagalan lalu selepas 16 tahun pasukan hoki negara tidak layak ke Olimpik.

“Setiap pemain harus tanam semangat dan bekerja keras untuk menjadi seorang Olimpian, selagi kita tidak pergi ke sana (Sukan Olimpik), karier seseorang pemain itu tidak akan lengkap,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran Kempen Negaraku 2016 dan Liputan Komprehensif Astro Arena sempena Sukan Olimpik Rio, di sini, semalam.

Jelas Olimpian tiga kali itu lagi, beliau turut menasihatkan setiap atlet yang beraksi di Rio agar kekal fokus dan menguatkan mental untuk memastikan prestasi mereka tidak terganggu sekali gus dapat memberikan persembahan terbaik.

“Pada setiap temasya besar, pasti akan ada gangguan lain seperti konsert dan acara lain. Masalah itu di luar kawalan setiap atlet, jadi mereka harus sedar objektif berada di sana.

“Malah, pentas Olimpik temasya sukan terbesar dan mereka harus tidak berasa gemuruh, terutama atlet yang pertama kali menyertainya.

“Mereka perlu buang sifat kurang yakin apabila bersaing dengan atlet terbaik dunia lain kerana mereka juga adalah yang terbaik apabila sudah layak ke Olimpik,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");