Perak Hari Ini

7,180 Peserta Bakal Sertai IIR 2016

IPOH : Dianggarkan seramai 7,180 peserta termasuk peserta dari luar negara akan berentap dalam Ipoh International Run 2016 (IIR 2016) yang akan berlangsung pada 7 Ogos ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, IIR 2016 turut menarik minat peserta luar negara seperti Jerman, India, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Ghana dan Kenya.

“Saya telah menetapkan sasaran seramai 5,000 hingga 7,000 peserta dan pasukan pendaftaran telah berjaya mendapatkan seramai 7,180 peserta tahun ini,”katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Penaja IIR 2016, hari ini.

Dalam masa yang sama, Zamri berkata, Majlis Bandaraya Ipoh yangjuga merupakan urusetia IIR 2016 turut mengharai segala komitmen dan kesudian penaja dalam memastikan kejayaan IIR tahun ini.

IMG-20160803-WA0004

Ujarnya, peranan yang dimainkan oleh penaja ini sangat mustahak dalam menjayakan IIR 2016.

“Dengan sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan IIR 2016 dapat membantu mempromosikan pelancongan sukan di Bandaraya Ipoh sempena Tahun Melawat Perak pada tahun hadapan,”ujarnya.

Beliau turut berkata, laluan larian bagi 21 kilometer akan memberi peluang kepada peserta untuk melihat bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Ipoh seperti Kelab Diraja Ipoh, Dewan Bandaran, Mahkamah Tinggi dan Stesen Keretapi Ipoh.

“Saya amat percaya laluan ini akan menarik peserta-peserta dari luar negara untuk melawat Perak terutamanya Bandaraya Ipoh pada tahun 2017,”jelasnya.

IIR 2016 ini menyaksikan hadiah keseluruhan bagi semua kategori berjumlah RM100,000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");