Sukan Hari Ini

Ahmad Amsyar terbuka terima kritikan

PENERJUN negara, Ahmad Amsyar Azman tidak mahu terus tergores hati dengan kritikan terhadap prestasinya di Olimpik Rio malah mahu mengambil kritikan sedemikian sebagai sesuatu yang positif untuk terus melangkah ke hadapan.

Penerjun berusia 23 tahun dari Perlis ini berkata, beliau kini lebih bersemangat untuk menampilkan aksi yang lebih baik pada masa akan datang.

“Memang komen mereka buat saya lebih bersemangat. Saya akan ambil kritikan sebagai positif dan ramai juga yang menyokong saya. Pengalaman pada Olimpik pertama ini sangat bermakna bagi saya.

“Saya akan ambil pengalaman ini untuk terus berjuang bagi mencari kejayaan dan mengharumkan nama negara pada temasya-temasya akan datang. Selepas melihat apa yang berlaku di Olimpik, tengok atlet lain menang medal dan sebagainya, ia menjadikan saya lebih matang,” katanya.

Ahmad Amsyar menerima kritikan termasuk portal berita The Daily Mail Online dari Britain, kerana melakukan kesilapan pada terjunan akhirnya pada pusingan kelayakan acara 3m papan anjal lelaki pada 16 Ogos lepas, sekali gus menyebabkan beliau gagal mara ke pusingan separuh akhir.

Skuad terjun negara dijangka menyambung latihan di China selepas berehat selama 10 hari.

Ketika beraksi di Olimpik Rio, skuad terjun berjaya menyumbangkan sebutir perak menerusi gandingan Pandelela Rinong Pamg dan Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform seirama wanita.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");