Sukan Hari Ini

Akmal tekad tebus duka

Rio de Janeiro: Perasaan hampa dan kecewa terpampang di wajah Muhammad Akmal Nor Hasrin sebaik menamatkan saingan acara recurve berpasukan lelaki pada temasya Sukan Olimpik Rio, kelmarin.

Apa tidaknya, beberapa kesilapan dilakukannya menyaksikan Malaysia yang turut diwakili Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamaruddin tersungkur seawal pusingan pertama di tangan Perancis 2-6 di Lapang Sasar Sambodromo.

Pasti ramai peminat menyalahkannya kerana kekalahan itu namun Akmal enggan tergugat sebaliknya mahu memberikan tumpuan terhadap acara individu, Rabu ini.

“Saya akan bangkit semula dalam acara individu,” ujarnya yang menduduki tangga ke-55 pada pusingan ranking selepas mengumpul 635 mata dan akan bertemu pemanah Sepanyol, Juan Rodriguez pada pusingan pertama.

“Saya menanam tekad untuk menebus kesilapan sebelum ini dan bertindak lebih baik dalam acara individu walaupun saya sedar saingannya lebih sukar.”

Akmal, 21, mendapat kepercayaan jurulatih Lee Jae Hyung selepas dia membantu skuad negara layak ke Olimpik pada kejohanan kelayakan di Antalya, Turki, dua bulan lalu.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");