Panasnya Hari Ini

AMANAH Boleh Menang Undi Melayu Luar Bandar Dengan Isu 1MDB

KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (AMANAH) boleh memenangi hati orang Melayu di kawasan luar bandar dengan menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, AMANAH mempunyai potensi untuk mempengaruhi undi Melayu di luar bandar terutamanya di kawasan yang dipegang oleh PAS.

“Saya rasa AMANAH perlu bertanding di semua kerusi PAS. Hanya isu 1MDB yang boleh mempengaruhi mereka.

“Jika tidak, tiada isu lain memandangkan tidak ada isu yang lebih besar daripada itu,”katanya, lapor Free Malaysia Today, ketika berucap dalam satu forum yang diadakan, semalam.

Turut berucap dalam forum itu ialah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan bekas setiausaha politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahatir Mohamad, Matthias Chang.

Zaid turut mendakwa, penyokong PAS terutamanya di Kelantan turut menyokong UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Husam menegaskan bahawa beliau lebih prihatin untuk menyelamatkan negara daripada memburu individu yang bertanggungjawab ke atas skandal 1MDB.

Husam berkata, penting untuk Najib menubuhkan Suruhanjaya Diraja dan salah satu syarat suruhanjaya tu ialah Najib diberi pengampunan.

“Ini kerana apa yang penting sekarang ialah isu 1MDB diselesaikan secara sepenuhnya dan bukan untuk menghukum Najib terhadap apa sahaja yang mungkin dilakukannya,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");