Isu Panas

Ambil pengajaran sejarah perkukuhkan MIC

KUALA LUMPUR – Sejarah dilakar MIC sejak penubuhannya 70? tahun lalu wajar dijadikan pengajaran dan panduan dalam kalangan anggotanya dalam usaha memperkasakan parti mewakili masyarakat India di negara ini, kata Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata adalah penting untuk generasi sekarang memahami segala perjuangan dan pengorbanan pemimpin terdahulu parti yang ditubuhkan pada 1946 itu.

“Pengajaran yang kita peroleh akan meningkatkan kekuatan parti dan menyediakannya bagi menghadapi cabaran mendatang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan ulang tahun ke-70 MIC di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya Datuk Seri S.K. Devamany serta veteran parti Tan Sri K. Kumaran.

Dr Subramaniam menarik perhatian bahawa parti itu telah melalui beberapa fasa penting sebelum dan selepas kemerdekaan, peristiwa 13 Mei dan tsunami politik pada 2008.

“Ini dikatakan sebagai laluan sejarah dan pemahaman mengenai setiap jerih perih dialami sebelum ini akan memberi kekuatan dalam kita melakar rancangan dan proses paling sesuai dan berkesan untuk meraih kejayaan pada masa hadapan,” katanya.

Selain itu, Dr Subramaniam berkata usaha sedang dibuat untuk mendokumentasikan sejarah MIC dalam bentuk buku yang dijangka diterbitkan hujung tahun ini.

Sambutan ulang tahun ke-70 MIC akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada Sabtu ini. Pelbagai aktiviti turut dirancang sepanjang Ogos untuk memeriahkan lagi sambutan itu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");