Sukan Hari Ini

Apa sahaja disentuh TMJ pasti berhasil

PETINJU profesional negara Muhamad Farkhan Haron memaklumkan bahawa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempunyai kelebihan istimewa di mana apa sahaja yang dicuit beliau akan membuahkan hasil dengan jayanya.

Menurut Farkhan, berdasarkan pengamatannya, apa sahaja yang disentuh oleh Tunku Ismail sama ada berkaitan sukan polo, askar Johor Military Force (JMF), bola sepak termasuklah karier tinjunya telah memberikan hasil yang terbaik.

“Jika hendak dikatakan kedudukan, kuasa dan kewangan beliau menjadi faktor utama kejayaan tersebut, ia tidak mungkin kerana ada juga golongan Kerabat Di Raja lain serta mempunyai kedudukan kewangan kukuh tidak menunjukkan prestasi sebaik Tunku Ismail,”katanya menerusi kemas kini status di laman Facebook Johor Southern Tiger.

Farkhan berkata, kejayaan Tunku Ismail bukan sahaja dibuktikan di dalam negara malah beliau turut mendapat pengiktirafan dari negara-negara luar.

Ujarnya, Tunku Ismail juga pernah memesan kepadanya bahawa untuk mencapai sesuatu perkara menakjubkan, ia akan mengambil sedikit masa.

“Teringat semasa kekalahan Final Piala FA 2013, saya bertanya kepada Tunku Mahkota Johor selepas perlawanan tersebut, ‘Apa perasaan Tunku dengan kekalahan malam ini?’

“Tunku Ismail dengan wajah tenang menjawab ‘Ia mengambil masa 6 bulan untuk membina sebuah kereta Rolls Royce dan hanya 13 jam untuk membina sebuah kereta kancil’,”katanya.

Tambahnya, Tunku Ismail telah membina sebuah empayar dari segi pembangunan infrastruktur, pencapaian dan imej pasukan serta kemajuan kelab yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pasukan di negara ini dalam masa sebegitu singkat.

Difahamkan, Farkhan yang menjuarai Majlis Tinju Asia (WBC) kategori cruiserweight di Singapura sebelum ini dilaporkan akan menjalani latihan di Kelab Tinju Mayweather di Las Vegas, Amerika Syarikat atas tajaan penuh daripada Tunku Ismail selepas ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");