Berita Hari Ini

ASWAJA gesa kerajaan gubal akta

Jitra: Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) dan Pertubuhan Ahli Sunnah Asyairah (PENAWAR) Wilayah Utara mengesa kerajaan menggubal akta yang boleh memberi kuasa kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu, organisasi yang mengamal dan menyebar fahaman bertentangan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di negara ini.

Pengerusi ASWAJA Wilayah Utara, Abdul Muiz Abdul Roni berkata, pihaknya menyokong kenyataan dikeluarkan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang menuntut supaya tindakan tegas dikenakan terhadap penyebaran bahan bacaan dan media elektronik yang mengandungi bahan serta maklumat bertentangan dengan pegangan ASWJ.

Menurutnya, kesan penyebaran ini boleh merosakkan akidah, perpecahan masyarakat, malah boleh menggugat keamanan negara.

“Sehubungan itu kami mengesa kerajaan supaya mengubal suatu akta bagi membolehkan PDRM mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tegas kepada mereka yang mengamal dan menyebarkan fahaman bertentangan denganAhli Sunnah Wal Jamaah.

“Kita juga menggesa kerajaan mengharamkan buku karangan Ibnu Taimiyah kerana dibimbangi fatwa terkandung di dalam buku itu disalah guna militan Daish,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Abdul Muiz berkata, bukuIbnu Taimiyah juga sudah diharamkan di Mesir, Jordan dan Algeria kerana bimbang pandangan tokoh agama itu digunakan pihak pelampau.

Sementara itu Pengerusi PENAWAR Wilayah Utara Dr Mohd Murshidi Mohd Noor berkata, militan Daish ini perlu dibanteras habis-habisan dan jangan dibenarkan sama sekali kerana ia menular di negara ini.

“Pemikiran militan Daish berakar umbi dari pemahaman yang salah terhadap agama kerana pengambilan maklumat hanya berdasarkan pembacaan semata-mata tanpa melalui guru serta pengajian yang tidak secara bersanad menyebabkan mereka menafsir agama mengikut hawa nafsu.

“Satu tindakan bersepadu perlu dilakukan oleh semua pihak terdiri ahli akademik, pihak berkuasa, warga pendidik dan pihak keselamatan supaya dapat membanteras pemikiran salah terhadap agama sehingga nyawa manusia dipandang ringan oleh sesetengah pihak,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");