Sukan Hari Ini

Beasley yakin Rocketpocketman gegar

Rio De Janeiro: Jurulatih basikal negara, John Beasley menyuarakan keyakinan betapa anak emasnya, Azizulhasni Awang mampu menggegar Sukan Olimpik Rio 2016.

Menurutnya, persiapan Azizulhasni atau lebih dikenali dengan The Rocketpocketman kali ini lebih bagus berbanding London 2012.

“Azizulhasni kini sudah bersedia dan tidak sabar untuk berlumba. Namun, dia tidak boleh terlalu ghairah kerana fokus perlu diberikan pada pusingan awal perlumbaan terlebih dahulu.

“Jadi, kami perlu memastikan dia layak ke perlumbaan final sebelum memikirkan peluang memenangi pingat,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Berdasarkan rekod, Rio 2016 adalah penampilan ketiga Azizulhasni selepas sekadar menduduki tempat ke-10 di Beijing 2008 dan keenam di London 2012.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");