Sukan Hari Ini

Bernhardt kekalkan 23 pemain

KETUA jurulatih skuad Bawah 19 (B-19), Frank Bernhardt mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang akan menggalas cabaran Malaysia pada Kejuaraan AFF B-19 2016 di Hanoi, Vietnam dari 11 hingga 24 September ini.

Bernhardt mengekalkan kesemua 23 pemain yang telah dipanggil untuk menjalani kem latihan pusat dari 1 hingga 4 Ogos lepas dan diminta melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 6 September ini sebelum berlepas ke Hanoi tiga hari kemudian.

Menurut kenyataan akhbar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Bernhardt berkata, daripada senarai 23 pemain itu, lapan daripadanya merupakan pemain skuad B-22 yang akan memainkan peranan penting pada kejuaraan kali ini.

“Jadi, bagi saya walaupun kem latihan pusat hanya selama tiga hari, ia tidak menjadi masalah kerana pasukan turut akan mempunyai masa untuk membuat persiapan di Hanoi,” katanya yang meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya layak ke pusingan separuh akhir.

Skuad negara diundi dalam Kumpulan A bersama naib juara Kejuaraan AFF B-19 2015, Vietnam serta Timor-Leste, Singapura dan Filipina.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");