Panasnya Hari Ini

BERSATU Bukan Parti Perkauman, Tegas Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukanlah parti yang bersifat perkauman, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang dinamakan sebagai presiden parti baharu itu berkata, yang penting tentang BERSATU adalah pegangan parti dan bukanlah kriteria untuk menjadi ahli.

“Lihatlah perlembagaan. Saya rasa yang paling penting bukan soal keahlian, tetapi apa pegangan parti,”katanya, lapor Malaysiakini.

Muhyiddin turut menjawab isu bukan Melayu yang hanya diterima sebagai ahli bersekutu dan menjelaskan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak mahu terlibat secara aktif dalam politik tetapi mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Terdahulu, beberapa pemimpin politik mengkritik BERSATU sebagai parti perkauman kerana bukan bumiputera hanya diterima sebagai ahli bersekutu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, perlembagaan parti menjelaskan apa yang menjadi keprihatinan rakyat Malaysia secara umum.

“Ia bukan sekadar dasar parti. Perlembagaan menyentuh mengenai isu-isu ekonomi, pendidikan, agama, hak untuk rakyat Malaysia, tadbir urus yang baik, anti rasuah dan salah guna kuasa.

“Saya rasa apa yang rakyat Malaysia harapkan dari mana-mana parti politik, kita dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan,”tegasnya.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, beliau berjuang untuk rakyat Malaysia dan tidak timbul isu perkauman sama sekali.

“Tidak kira bahawa saya seorang Melayu, saya bukan rasis. Saya berjuang untuk rakyat Malaysia.

“Isu perkauman tidak timbul sama sekali. Berhenti,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");