Panasnya Hari Ini

Bersatu Tidak Beri Kesan Pada Arena Politik Negara

KUALA LUMPUR:Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Rakyat hnaya akan memberi kesan minimum dalam arena politik berikutan ia adalah sebuah parti baharu dan terpaksa bergantung kepada parti-parti pembangkang yang lain.

Memetik sumber Mstar online, jelasnya lagi, parti itu tidak mempunyai sebarang jenis infrastruktur politik dan sokongan akar umbi, menjadikan mereka bergantung kepada parti-parti pembangkang yang kini dalam keadaan kucar-kacir.

Malah beliau turut memandang ringan pengaruh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menegaskan bahawa generasi muda tidak lagi senada dengan legasinya.

“Saya tidak fikir orang muda akan menyokong parti itu, mereka lebih suka menyokong parti pembangkang tradisional seperti PKR, PAS atau DAP,” kata Nur Jazlan kepada The Star Online dalam satu temu bual.

Tambahnya, Parti Pribumi harus dibenarkan untuk didaftarkan malah Umno sentiasa bersatu ke arah memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Jangan sekali-kali berpecah sebelum pilihan raya umum dan kekalkan perpaduan yang ada. Itu adalah resipi untuk memenangi pilihan raya umum.

“Oleh kerana setakat hari ini Umno masih bersatu dan pembangkang berpecah, peluang Umno untuk menang pilihan raya umum telah meningkat,” katanya.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata kedudukan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Umno ‘adalah sangat kuat kerana beliau tidak ada pencabar.

Beliau berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada isu-isu keselamatan, terutama ancaman keganasan.

Terdahulu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan borang kepada Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftar Parti Pribumi baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");