Panasnya Hari Ini

Bilakah Pemimpin UMNO Akan Akui Kesalahan Najib?

KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan sampai bilakah pemimpin-pemimpin UMNO akan mengakui kebenaran tuduhan yang dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ujarnya, sejak skandal 1MDB didedahkan, pemimpin-pemimpin UMNO seakan cuba menidakkan tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib.

“Kononnya semua tuduhan ini berniat jahat iaitu bertujuan untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang dipilih secara demokratik.

“Mereka sengaja lupakan bahawa Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah juga dipilih secara demokratik tetapi dijatuhkan oleh Najib sendiri,”katanya menerusi blog beliau, hari ini.

Tambah Tun Mahathir lagi, kini terdapat tuduhan terhadap dirinya bahawa beliau membuat laporan mengenai Najib kepada Amerika Syarikat sehingga laporan berkenaan salahguna kuasa dan melesapkan wang kerajaan dibuat oleh pasukan keadilan Amerika Syarikat terhadap Najib.

“Saya tidak buat apa-apa laporan. Tetapi jika saya buat laporan pun, hanya kerana itu kesalahan Najib, tidak akan menjadi tidak salah.

“Benang basah tidak mungkin tegak. Percubaan pemimpin-pemimpin UMNO mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadinya tidak salah. Yang salah tetap salah,”tegas bekas Presiden UMNO itu.

Tun Mahathir berkata, sejak skandal 1MDB didedahkan, bukti-bukti salahguna kuasa dan penipuan Najib menjadi semakin nyata.

“Wahai pemimpin UMNO, berhentilah dari menipu diri. Kamu tahu Najib bersalah. Kamu tahu Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Pemimpin-pemimpin UMNO perlu sedar akan hakikat ini dan mendesak supaya proses undang-undang dikuatkuasakan. Jika tidak, kamu mungkin dianggap sebagai bersubahat dalam perlakuan jenayah ini,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");