Sukan Hari Ini

Bilic yakin West Ham mampu menyinar

London: Slaven Bilic (gambar) percaya West Ham United akan mampu mengubati kekecewaan selepas tersingkir daripada saingan Liga Europa di tangan kelab Astra Giurgiu menerusi keputusan positif apabila menentang Manchester City malam esok.

Buat kali kedua berturut-turut, West Ham gagal ke peringkat kumpulan Liga Europa selepas disingkirkan Astra menerusi keputusan seri 1-1 di Bucharest sebelum tewas 0-1 di Stadium London kelmarin – kekalahan pertama di gelanggang baru mereka.

Di sebalik kekecewaan itu, Bilic percaya pasukannya boleh kembali bangkit mengalahkan skuad kendalian Pep Guardiola itu selepas menang 2-1 musim lalu.

“Kami semua kecewa kerana kami sekali lagi gagal ke Liga Europa,” kata Bilic. “Tapi kami perlu bangkit dan menunjukkan potensi dimiliki.

“Musim lalu, kami membuktikan kualiti dengan mengalahkan Manchester City di tempat mereka walaupun sebelum perlawanan, lawan memiliki rekod lima kemenangan dan tidak melepaskan sebarang gol,” kata Bilic. “Tidak ada sebab mengapa kami tidak boleh mengulangi pencapaian seperti itu kali ini.”

City memiliki rekod 100 peratus di bawah kendalian Guardiola selepas mengalahkan Sunderland dan Stoke City di Liga Perdana selain layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menerusi agregat 6-0 ke atas Steaua Bucharest.

“Jurulatih dan taktik mereka berbeza berbanding musim lalu. Mereka lebih banyak bergerak di bahagian bawah dan ia adalah sesuatu yang tidak normal,” kata Bilic.

“Sudah tentu ia akan menjadi sukar, mereka sudah membuktikan bahawa pemain hebat mereka sudah menemui sentuhan masing-masing.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");