Membawang Hari Ini

Callie arif hal teknikal

Pelakon kian popular, Callie Hernandez, 26, mudah menarik tumpuan tidak hanya dengan kecantikan, juga menerusi kebijaksanaannya.

Jika kebiasaannya ramai pelakon baru, apabila ditemubual akan menceritakan gandingan mereka dengan pelakon lain, Callie sebaliknya lebih banyak menyentuh aspek teknikal sepanjang penggambaran ketika menjayakan filem Alien: Covenant.

Ramai netizen memuji Callie kerana tidak memberi jawapan sama seperti selebriti lain. Beberapa hari selepas artikel mengenai temubualnya disiarkan akhbar, akaun media sosial miliknya mendapat komen positif.

Peminat kagum dengan sikapnya.

Kata Callie, dia terkejut kerana tiba-tiba sahaja media sosialnya dihujani komen berkaitan artikel itu.

“Saya tidak lakukan apa-apa kerana saya hanya memberikan jawapan berdasarkan pertanyaan yang diajukan. Apabila diminta menggambarkan suasana bekerja dalam pembikina filem Alien: Covenant, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah teknikal kerana aspek itu paling menarik.

“Ada banyak perkara yang dimaklumkan pengarah setiap kali sebelum memulakan penggambaran tetapi saya hanya memahami perkara itu apabila semua peralatan digunakan ketika penggambaran,” katanya.

Callie juga tegaskan, dia hanya menjawab berdasarkan pertanyaan diajukan. Malah, katanya, mana-mana pelakon pun apabila diminta menceritakan pengalaman mereka pasti bercakap mengenai perkara yang paling menarik sepanjang penggambaran.

Mula dikenali pada 2013 melalui filem sulung, Machete Kills, Callie juga berlakon filem La La Land dan Blair Witch.

Bagi Callie, pengalaman menjayakan filem Blair Witch juga sangat mencabar baginya. Membawa watak pelajar dokumentari yang membantu teman lelaki mencari adiknya, Heather Donahue yang hilang di hutan, Callie akui babak merangkak masuk ke dalam terowong yang panjang dan gelap paling mencabar.

“Bagaimanapun, saya seronok melakonkan babak itu. Ketika membaca skrip, saya memang terkejut kerana harus masuk ke dalam terowong yang sempit.

“Pengarah juga bertanya sama ada saya mahu melakonkan babak itu atau tidak. Dia bimbang saya mempunyai fobia pada ruang tertutup, sempit dan gelap.

“Saya kata, tidak ada masalah dan bersetuju melakonkan babak itu sendiri. Beberapa kru kemudian mengambil ukuran bahu. Ternyata keluasan terowong itu hanya seinci lebih daripada ukuran bahu,” katanya.

Apapun, Callie akui ada bahagian tertentu dilakonkan orang berpengalaman dan separuh lagi babak itu dia lakonkan sendiri.

Katanya, perkara paling melucukan apabila jurukamera yang ditugaskan mengikutnya masuk ke terowong itu fobia dengan ruang sempit dan gelap.

“Saya kagum dengan sikap jurukamera itu. Walaupun fobia, dia berjaya mengetepikan ketakutan itu. Perkara itu juga tidak mengganggu kualiti video yang diambil. Itulah sikap profesionalisme yang harus saya contohi.

“Ketika itu saya benar-benar kasihan dengannya kerana terpaksa bertahan. Situasi itu membuatkan saya cuba melakonkan babak itu dengan baik supaya kami boleh keluar segera dari tempat itu,” katanya.

Walaupun tidak mempunyai sebarang fobia, Callie akui berada dalam tempat sempit menyesakkan dadanya. Dia tidak selesa kerana keluasan itu mengehadkan pergerakannya. Keadaan itu membuatkan Callie cepat letih.

“Rasanya tiada siapa yang suka berada di tempat sempit seperti itu. Saya letih kerana tidak dapat melakukan regangan. Ia sempit dan berada dalam tempat itu bagi tempoh yang lama.

“Kalau saya yang normal pun tidak suka berada di tempat itu, apatah lagi mereka yang fobia. Keadaan mereka pasti lebih sukar tetapi demi kesempurnaan babak itu, saya kuatkan semangat,” katanya.

Blair Witch genre seram turut dijayakan Valorie Curry dan James Allen McCune akan ditayangkan di pawagam bulan depan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");